Saturday, March 8, 2014

Sahom Farm Retreat | ShortEscape GengOpis

Sahom Farm Retreat, Kampar Perak is one the highly recommend place to getaways. Sahom Farm Retreat ini adalah satu "Private Villa" and completely peace and have a nice view. Tak percaya p Google sekarang. Serius cantik dan sesuai la untuk pencinta nature dan alam semulajadi. 

Private Villa yang menyediakan 5buah bilik, tempat BBQ, Satu beranda luas untuk melepak, Swimming Pool dan Sungai semulajadi yang sejengkal jaraknya dengan Villa. Dengan harga rm800 untuk 2Hari1malam, semua ini kitorang yang punya. (Boleh rujuk gambar nanti)
Once kita sewa villa ni, ownernya akan closed to others la. So yang bestnya every sudut termasuk sungai tak perlu la nak share dgn strangers.

Trip kali ni diketuai oleh Opismate Qah merangkap AbgLong Qah. Thanks to Abglong sebab gigih carikan tempat yang sesuai untuk take a rest dari kerja dan escape dari Kuala Lumpur. Maka plan kami nak escape dengan geng geng opis yang kamcheng. Lekss laa p sepuluh orang je punn.
Jum escape dari Kolumpo.
Taraaa, sampai sudah Dengan perjalanan 2jam setengah dari Kolumpo. Ok untuk sesiapa yang nak datang sini, seriously jalan untuk ke sini jauh kedalam ladang kelapa sawit. Hahaha. Kitorang pun yakin tak yakin je nak redah laluannya, tapi jangan risau. Jalan elok depa buat. Nak parking banyak kereta pun tak perlu risau. Kawasan luas ye sayang sayang sekalian.

Sampaije terus melawat kawasan la Bro. Oh rindunyaa tempat ni. 
Hah, ni barulah bilik Qah. (Bilik Utama kat Villa ni). Nampak tak betapa klasiknyaa katil bilik Qah. Vintage sangatkannn. 
Hah, toilet kat sana memang open air la. So ni bilik air bilik utama which is bilik Qah la. So could you imagine acane buang air atau mandi memalam. Sherammlaa sikit rasa khannn.
Ok, yang ini RUANG TERBUKA untuk lepak lepakk main kad, baring baring atau borak borak la sambil nonton tv sebab ada tivi gantung kat runag ni. Tapi kitorang buat port posing jap. Hahahaha *(ahkak ahkak ksygangan Qah)
Yang ini RUANG MAKAN open air kami. Jangan risau dah sedia bangku dan meja. Cukup untuk 20 orang keatas oi. *Pandangan dari bawah sungai.
Malah boleh dijadikan port untuk fefelingg Najwa latip di petang hari. *Pandangan dari atas. Nampak dak sungai kat bawah tuu. Ohsem kan Sahom ni?
Dan tak lupa juga swimming pool yang menjadi tempat terjunan depa setiap kali lepas makan tanpa menghiraukan siang dan malam. Jahanam.

Ok, aktiviti kami untuk malam nanti is BBQ. Tapi sebelum BBQ ada yang p mandi swimming pool. Ada yang mandi sungai dan ada yang ambil masa ni rehat dan ZZZzzzzZ.
Tapi nak tahu apaa yang Qah buat.??
Sahom Farm Retreat house ni ada sediakan ATV, RM30 sejam kalau tak silap. Nah, dah dapat ATV pusing habis la ladang kelapa sawit, tasik. Maafkan eksaited terlebih minah ni. Baguih ada abaang abang yang jaga adik depa ni.

Walaupun dengan jagaan abang dan kakakkakak, adik yg sorang ni bawak atv tanpa sedar diri maka terbabas dalam kelapa sawit. Phewww sakitnya tu kita pendamjela. Taknak tajam plak kan duri duri pelepah kelapa sawit tu. So akhirnya giveup bawak ATV jadilah bawahni:
Mangsa yang terbabas dalam kelapaa sawit. Tsskkk tskkkk
Degil masih ada dalam DNA, walaupun baru lepas terbabas dalam kelapa sawit, pheww nyaris tak berdarah teruk. Alhamdulillah masih berniat nak main race ATV. Hahahaa.
Suasana malam di Sahom Farm Retreat House. 
BBQ Preparations laa kononnya. Lelagi si baju Hijauu tu. Jum kita tgok apa baju hijau tu buat sebenarnya. HAHAHAHA
See??? Dia datang tengok dan tanyaaa mana dah siap je pun. Hahahahahaa.. *tolong percaya 

Ok dah taknak cakap banyak dah. So korang korang yang nak cuba stay kat SAHOM FARM RETREAT ni boleh contact 014-754 1968.


nota kaki: Kerja buat cara kerja. Bila dah holiday sama memasing satu kepala.

No comments: