Sunday, August 31, 2014

SUKA AKTIVITI EKSTREME? - SKYTREX SHAH ALAM

Assalamualaikum

Esok Cuti Krimas kan? So untuk sesiapa yang tiada aktiviti nak buat bolehlah pergi beriadah di SKYTREX SHAH ALAM. Kenapa SKYTREX Shah Alam? Untuk gegadis atau sesiapa yang sukakan aktiviti ekstreme malah bernature kan alam semulajadi memang SKYTREX tempat paling ohsem korang boleh pergi.

Korang semua digalakkan pergi berkumpulan baru happening. * Padahal, bila dah mula adventurenya tak sempat nak bertemu di arena pun. Heee

SKYTEX SHAH ALAM ni bertempat di Taman Botani Shah Alam. Untuk bayaran masuk RM3 setiap seorang dan bayaran untuk Skytrex Adventure ni berdasarkan litar yang korang pilih.

Terdapat 3 Circuit yang disediakan iaitu Little Adventure : RM 35 *Sesuai untuk kanakkanak dan beginner. Circuit kedua iaitu BIG THRILL dan terdapat 26 Challenges dengan RM 45 *Mostly first timer akan try yang ini dan Yang terpaling ekstreme iaitu EXTREME CHALLENGE dengan 34 Challenges, bayaran masuk RM55. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di website ini: SKYTREX.

Walaupun Qah kali pertama cuba untuk Skytrex. Qah dan kengkawan decide untuk pilih EKSTREME CHALLENGE, RM55 yang lagi berbaloi dan alang alang da pergi kan, baik kita ambil yang maximum teruih. Hahahaha.
Sebelum pergi ke Arena atau mulakan cabaran, setiap peserta dikehendaki mengisi borang keselematan dan emergency contact person whici is benda ini memang perlu bagi setiap aktiviti ekstreme kan. Anda diwajibkan berpakaian sukan atau yang selesa bagi melakukan aktivit ekstreme. Digalakkan bawah hand glove memasing tapi kalau takda, SKYTREX menyediakan hand glove dengan bayaran RM3.
Sebelum memulakan cabaran, pihak Skytrek akan membuat satu briefing mengenai cara penggunaan alat semasa berada di arena. So, kat sini korang kena fokus bagi mengelakkan sebarang kecelakaan semasa berada diatas. *kami datang pun tujuh orang maka briefing bercampur dengan team lain.
Are You Ready?? Let challenge it!
Aktiviti yang terpaling Qah gemari dalam Ekstreme Challenge ni is Flying Fox. Serius seronok dan setiap challenge, Qah akan tunggu untuk flying. Tapi satu pesanan Qah makesure korang tolak diri korang lelaju sebab ada kes kawan Qah terhenti di tengah tengah.
Aktiviti paling TIDAK mencabar bagi Qah is Jambatan Gantung ni. Seriously boleh berlari lari.
Aktiviti paling memenatkan dan paling Qah tak suka is mendaki tangga yang superb tinggi dan sangat memenatkan. Untuk EKSTREME CHALLENGE NI ada dua tangga yang untuk didaki. Phewww. Tulis ni tak cukup ekstreme. Nak rasa, sila try sendiri.
Antara aktiviti yang Qah buat lelaju ialah swing ni. Sebab semakin lama swing semakin debor.
Kalau gambar diatas boleh pegang dua kabel,tetapi ada satu lagi cabaran yang paling buat Qah mengucap panjang ialah meniti di satu kabel dan dikehendaki memegang satu kabel ibarat meniti titian sirat dah rasanya. (Challenge itu tak sempat Qah ambil gambar sebab terlalu nervous.)

Alhamdulillah, kitorang berjaya buat 34 CHALLENGES itu. So siapa nak tahu apa lagi challenges yang disediakan SKYTREX boleh pergi dan cuba sendiri. Tak thrill la kan kalau Qah tunjuk semua challenges yang mereka sediakan. Jangan risau, pihak skytrex menyediakan Chicken Exit bagi peserta yang dah give up. Tapi tak remaja la exit awal awalkan?

Nak rasa Ekstreme tak Ekstreme si SKYTREX ni, cepat pergi.

ps: Entri Bergambar (No-Filter)

*List travel IeqahGajah
By #LadyGagah

No comments: