Friday, December 19, 2014

Suprised Vacation Buat Mama: CAMERON HIGHLAND

Pheww, typingg.. typinggg.

Lama tak menulis kan, maka dengan ini Qah nak mulakan entri dengan Cameron Highlands.
Kenapa Cameron Highlands?? Disebabkan sekarang musim cuti sekolah kan, masih boleh nak bawak keluarga jalan jalan dalam Malaysia ni, bolehlah ke Cameron.

Bulan lepas, pertengahan Nov, disebabkan macam dah lama tak holiday dengan famili Qah lelaju organize satu family trip. *padahal nak hilangkan rasa bersalah mostly Qah getaway and vacation sendiri je tanpa mereka.

Kenapa Qah pilih Cameron, sebab Cameron Highland ni adalah salah satu tempat kesukaan Mama Qah dan Alhamdulillah dapat la Qah treat family vacation kan. Jadi, holiday kali ni lebih bertemakan : Memuaskan hati Mama.

After Qah booked and prepared everything, Qah text adik adik dan Abah untuk buat vacation suprised pada Mama. So pada hari kejadian, abah purapura ajak Mama ke KL konon-kononnya nak melawat anak sulung dia ni. At last sampai je Kolumpo, konon nak bawak shopping kat Jalan Tar, so konpem banyak barang nak beli bawaklah kereta asing asing. 

Abah pun purapura la follow kereta kami (Qah dan adik adik) sampai masuk ke Lebuhraya UtaraSelatan. Masa tu abah text yang muka Mama dah naik heran dah dan tanya nak p mana plak ni? Adik Qah dengan selamba jawab, " Nak balik Kedah, kan dah lama tak balik kampung".

Jalan punya jalan, sampai la ke Simpang Pulai. Ya waktu tu jalan melalui Tapah ditutup sebab tanah runtuh tapi Qah gigih nak teruskan holiday ni. Abah cakap, Mama nampak signboard CAMERON HIGHLAND pun dah senyum sampai telinga. Heheeheheee.

Alhamdulillah, sampai di sana kami check in di Hotel yang Qah booked : Nova Highland Resort. Seriously recomended untuk korang stay. Hotel ni sangat cantik dan ada Mall lagi bawahnyaa. Lokasinya yang strategik berdekatan dengan Kea Farm, Cactus Valley dan Tea Boh Plantations Sg. Palas dan berdepan Hotel Copthorne. Absolutely to stay here again. Ini bilik yang Qah pilih, Family Suite yang ada dua bilik. Satu bilik untuk mamaabah dan satu bilik untuk Qah dan adik adik. Plus the kitchen ada microvawe. Senang panaskan makanan. Cantik?

Ok, tempat pertama kami singgah di Cameron, Lavender Farm. Tiket masuk untuk dewasa ialah rm5 seorang. Dalam Lavender Farm ni ada banyak Lavender dan bunga super cantik (Qah mmg gila bunga), cafe dan tempat untuk petik strawberry. Ok sila rujuk gambar naa:
Muka saited memasing. (Adik adik kesayangan hati Qah) *Qah paksa depa pakai maroon.
Ya, tujuan kami nak happykann makhluk baju Purple tuuu. Mama we love you!
Ok, kita bagi Mama& Abah peluang datim sambil metik stroberi.
"Banyaknyee kak borong lavender?"

Tempat kedua kami terjah, CACTUS VALEY sebab adik Qah, si Reen ni gigih nak borong kaktus.


Makan Steamboat: Orang cakap kalau dah sampai Cameron, sejuk sejuk ni seronok makan Steamboat panas panas. Jadi dinner Qah belanja depa makan Steamboat. Yang selalunya femes, halal dekat Restoren Hotel Titiwangsa dan tempat ini Glory 78 Steamboat Corner. Qah pilih Glory78 yang berdekatan dengan Hotel De La Fern. Steamboat, RM23 Per Pax nice place to try cumanya Qah kurang berkenan dengan Staff dia yang agak menyakitkan hati. *We pay for your service ok, so please.

Hari pertama berakhir, so keesokan paginya Qah bawak depa breakfast dekat Cafe Teh Boh Sg.Palas, dimana tempat Aaron Aziz dan Lisa Surihani berlakon Ombak Rindu dan ada satu adegan yang meloyakan dan tak terjangkau dek pemikiran Qah.

See...
Abah tetiba bagi bunga plak dah. Aisshh memang tekak Qah takleh terima abah bajet bajet suweet ni. Ramai kot orang kat situ. Hmmm, dah temanya pun Memuaskan hati Mama kan?
Eh, ni gambar Cameron Getaways on March lepas ni. Silap uploaddd pulakkk.. Hee

Lepas breakfast, Mama dengan lajunya request nak p KeaFarm, yelaa kat sana jual sayur,buah, bunga dan buahtangan murah murah. Dekat Cameron ni kan femes dengan sayur maka dia habiskan Dua ratus hengget beli sayur dan buah semata. So memang nasib bawak dua kereta itupun takmuat dah. 
* Nampak tak kelajuan dia meninggalkan Qah di belakang?? So anaknak silalah bawak mak mak memasing datang sini. Sediakan duit dan ruang secukupnya, In sha Allah puaslah hati depa.


Mossy Forest Gunung Brinchang seriously mempunyai hutan yang cantik. Qah gigih paksa adik adik bawak kasut sukan semata nak pergi hutan ni. Biasanya orang akan ambil guide kesini tapi Qah dan adikadik redahje. Malangnya cuaca kurang baik, jalan kesini pun agak disaster mengjahanamkan kereta dan yang buat Qah seram sebab Mama dan Abah tak follow kami. Oh frustnya. Definitely nak datang lagi hiking ke Mossy Forest dan Gunung Brinchang ni. Jum, anyone? 


Seghonok tengok depa happy. Ok korang, next time along treat vacay lagi. Without them, me is nothing. And Hope Allah give me everything to satisfy them. 




Sayang ketat ketat,
By #LadyGagah


7 comments:

oya said...

salam,, saya nak tanya.. jauh x perjalanan dari hotel Nova Highland Resort ke Restoran Glory78.. thanks,,

Ieqahgajah said...

Hmm tak jauh pun dalam 10 minit drive ja. ^^

Ena Zalina said...

hmmm..kene mintak royalti neh....

Nor Afiza said...

Nk tnya..hotel nova kolo dah temoah utk 6 org..utk 3 blik tu leh ker msuk dlm 10 org..skli bdak2

Nor Afiza said...

Nova higland tu leh msuk rmai2 ker dlm blik dia..walaupun kat web ckp mksimun 6 org...kn bser ank2 kcik lg

Nor Afiza said...

Leh ker msuk rmai dlm hotel..pdhal kt citu tulis mksimun tetamu 6 org

Ieqahgajah said...

@nor afiza: Kami sekeluarga berlima ja. Tapi kalau 10 orang tu saya tak pasti boleh tak. boleh ja rasanya tapi jangan semua berkumpul dekat reception la. lepas amek kunci tu bolehja rasanya