Friday, January 16, 2015

Trip To Sabah | SelfTreatEscape

Yes, I need it. Maka seorang Wan Nurul Atiqah terus apply cuti, packing barang, booked tiket and everything ke Kota Kinabalu dan tema escape kali ni : SELF TREAT for four days. Hipp hipp hooreyyy. #Gambar Pulau Manukan dari flight ^^

Kenapa KK ?? Sebab dalam DNA Qah suka tempat tinggi,tempat sejuk dan pulau. Maka Qah pilih Kota Kinabalu sebab ada Gunung Kinabalu, Kundasang yang sejuk dan Pulau Manukan. Pheww first time nak redah sensorang ni.

Tiket Flight: Sebab terlalu drastik booked maka tiada promo. Tapi still murah la kot sebab dapat RM300 return. Sampai ke KK, Qah naik bas untuk ke bandar KK.

Hotel: Dah namanya SELFTREAT kan. So untuk 4H3M Qah stay di tempat yang berbeza, nak merasa hotel best kat Sabah. *Pesen tak pandai nak backpackers.

Untuk first day Qah stay di Le Meridien Kota Kinabalu. Hotel ni berhadapan dengan laut dan betul betul berhadapan dengan Pasar Filipina, KK Waterfront dan banyak shopping mall berdekatan. Alahai mudah sangat nak p cari Souvenir. #gambar ehsan dari websitenya

First day kat sana Qah sampai pagi, so sepanjang hari Qah habiskan masa dengan sesuatu yang selama hidup ni Qah tak pernah buat seorang diri. P karoake sorang diri sampai hilang suara, kemudian pergi marathon dua movie *weyyyyhh tiket wayang sini lagi murah dari Semenanjung dan paling tak boleh blah main bowling sorang sorang weyhh.

Malamnya orang cakap makan seafood kat Sabah ni perkara wajib. Qah dengan muka taktahu pergi la cari kedai seafood last last cakap semenanjung sorang diri pulak tu akhirnya bil kena tipu, Makan seconet sampai beratus. Memang Qah frustlaa terus kol bos yang selalu canang Seafood Sabah heaven. Takda luck. #Selftreat jugakkan.

Hari kedua Shang-ri La, Kota Kinabalu menjadi pilihan hati Qah. Seghonok. Untuk second day, qah banyak habiskan masa dalam bilik je. Kononnya acah acah TO FIGURE EVERYTHING OUT LAA. Memang Bertapa dalam bilik sensorang sambil hadap laut. Monolog, flashback,meraung semua ada. Haha. Gila. Tapi serius Awesome. Daebak.

Untuk hari ketiga setelah figure out everything Qah teringat yang Qah ada kawan kat Sabah. So takpayah nak jadi loser sensorang maka lelaju contact beliau ajak pergi Kundasang.

Dalam perjalanan ke Kundasang, kita akan lalu Rumah terbalik dan Jambatan Tamparuli. Masuk kena bayar tiket RM10. *Jum buat rumah terbalik kat Kolumpo plak.

Sampai ke kaki Gunung Kinabalu, frustla sebab kabus tebal sangat, meliputi Gunung. Maka tak dapatla Qah nampak Gunung Kinabalu. Tapi Qah tak putus asa, Alhamdulillah esoknya bangun pepagi bukak mata dapat tengok Gunung Kinabalu sebijik depan mata. #PekanNabalu
Kat Kundasang qah recomendkan korang stay dekat KINABALU PINE RESORT. Cantik. Hilang rasa loser lepak beranda sensorang sebab Gunung Kinabalu gedabak dah depan mata oii.

Tempat wajib pergi kat Kundasang ialah Desa Farm KundasangMasuk kena bayar rm3 seorang.Dekat sini ajet ajet NewZealand Malaysia. Kat sini ada lembu hitam putih ala ala newzealand tu dan sampai sini korang wajib rasa yougurt dan fresh milk. *Walaupun Qah bukan peminum freshmilk, tapi kat sini wajib rasa ok. Phewww teringin freshmilk desa farm la pulak. Nyumm nyuummm. Kundasang adalah salah satu tempat yang Qah nak datang lagi, Insha Allah dengan family.
Untuk hari terakhir di Sabah, Qah ke Pulau Manukan dan Mamutik. Dari jeti KK waterfront ambil masa 20minit ke Pulau Manukan. Qah habiskan masa seharian berendam di Pulau Manukan memandangkan flight Qah ke Kolumpo jam 8malam.

Antara aktiviti best kat Pulau Manukan ialah snorkelling dan Qah cuba main Parasailing. Sepatutnya rm120 seorang tapi nego punya nego dia bagi RM80. Phewww heaven gilaaa bila beradaa kat atas dan laut dibawah. Cuma yang tak best bila boatman rendamkan Qah kat tengah laut, phewww terbayangg rendam bersama jerungg.  Nak naik lagi. Nak lagi.
 See, ieqahgajah pun boleh terbang. *hasil paksa rela si boatman snapkan dari boat. Hee ^^
 I dont want to look back anymore. But no matter how far i go, i need to turn back and come out to face reality. #ieqahladygagah

Nota kaki: Satu benda je tak best escape sensorang. Takda orang ambilkan gambar. Hmmm.

No comments: