Saturday, February 28, 2015

Selamat Ulangtahun Kelahiran Adik Sayang. #AsyikinTurns19

Assalamualaikum.

28 Februari 1996,

Lahirnya seorang budak degil bernama Wan Nur Asyikin.

Mulanya si kakak ni dah plan baik punya nak bawak si Adik pergi vacation ke Singapore sempena birthdaynya. Plan punya plan tetiba si adik cakap, " Long, Matrik tak bagi balik on that day 28hb." Ok foine Matrik foine.

28 Februari 2015, jatuh pada hari sabtu tapinya kakak dia ni ada komitmen bila blogger kesayangan Irine Nadia dan Fatin Liyana buat grand opening butik. Nak taknak kena ada kat KL la on that day.

Atas dasar sayangkan adik *kemain statementkau, 27 hb si kaklong ni amek On leave semata mata nak seperaisedkan adik. Sepanjang minggu tu bila si adik text dan tanya, "Long, hang balik Kuantan dak birthday aku, si kaklong akan jawab, " Nope. Why me need to back sedangkan hang kat Matrik". Adik pun dengan lemah jawab,"Huh, alasan sangat".

Lalu kami sekeluarga diwasiatkan seperti dibawah:
Maka pada 27hb gigihla si kakcik dan kaklong ni cari kek, cari belon yang sorang cari sweatpants dan lelaju usha NIKE SHOES ROSHE RUN as per request oleh si adik dan si Mama pulak gigihla memasak makanan fav si adik dengan niat nak p serbu Matrik lepas solat Jumaat.

Lepas abah dah setel solat Jumaat, kami sekeluarga menuju kejayaan, eh menuju ke Matrik Gambang. Call punya call si adik tak pickup pickup. Yang si Kaklong ni dah gigih tunggu bawah blok dengan belon bagai, last last tengok si adik menjerit terharu kat tingkap bilik nengok si kakak nya kt bawah.

Meh kita baca luahan hati si adik:


 Untuk Adik Eking,

Ingat, kejayaan adik kejayaan kita bersama. So study smart.
In sha Allah selagi hayat along, adik is one of my priority.
So please, Istiqamahlah mencari solehah. Jangan Notty, gilagila takpa.
Maintain flawless ye sayang.
Moga Allah permudahkan urusan adik.
Hidup kita ni kena ada jatuh bangun. Make mistake. Learn from it.
Mesti bangkit saat jatuh dan bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Walau kita jarang bersua muka, jangan dilupa DOA penghubung antara kita.
Nanti along bawak p vacayy.

I love you Lillahitaala, Adik Degil.

-Kaklong Garang-

No comments: