Saturday, March 28, 2015

City Tour & Chu Chi Tunnel, Vietnam (Part 3) | #MisiAsiaQah

Sebenarnya dekat Ho Chi Minh banyak tempat menarik yang korang boleh pergi selain daripada Shopping. Antaranya :
*Notre Dame Cathedral
*Reunification Palace
*City Hall
*Saigon Post Office
*War Remnant Museum

Untuk yang nak city tour by tourist guide, ada pakej dalam VD 100000 = RM17.60 tapi biasalah kami ni nak merasa backpackers punya style maka Qah redah Ho Chi Minh dengan berjalan kaki tanpa tourist guide.

Lepas habis Mekong Delta Tour kami gigih dengan selebetnyaa pusing pusing HoChiMinh
*City Hall
*Notre Dame Cathedral
*Saigon Post Office // Under renovation
Penat sangat dah budak berdua ni berjalan meredah HCM city, maka lepak sebentar depan Post Office Saigon.  Dah habis lelah duduk depan Post office, kami sambung selca tepinya pulak. Haha
Nah, tatap barefaced kami yang dah kepenatan seharian jelajah Ho Chi Minh. Habis city tour kami sambung shopping di sekitar Ben Thanh Market dan balik hotel.

Hari ketiga kami di Ho Chi Minh, kami mengambil pakej Chu Chi Tunnel. Bayaran untuk TourGuide, Transportation ke sana adalah VD90000=RM16 seorang dan perlu membayar VD110,000 =RM20  untuk tiket masuk ke Chu Chi Tunnel. Sebelum ini tiket masuk ke Chu Chi Tunnel adalah VD90,000 tetapi pihak kerajaan Vietnam telah menaikkan harga menjadi VD110,000. Bayaran keseluruhan untuk ke half day Chu Chi Tunnel tour aadalah VD200,000 = RM35.

Untuk Tour hari ketiga ni kami memilih FOUR SEASON TRAVEL. Tapi disebabkan van datang tak punctual dan tour guide yang over. Maka Qah masih recommendkan AN TRAVEL sebagai pilihan. *Kes saja nak try lain lain agent la ni.

Sebagai bekas pencinta Sejarah zaman sekolah dulu, Cu Chi Tunnel adalah tempat wajib Qah lawati. Tunnel ni berkaitan macammana tentera Vietnam memenangi peperangan antara Vietnam dan tentera Amerika.
Lets begin the tour. *Kaunter tiket Chu Chi Tunnel.
Jum siap sedia untuk masuk tunnel. Untuk yang lemah semangat, semput, astma, sakit jantung mahupun pregnant sangat tak digalakkan untuk masuk dalam tunnel depa yang gelap gelita ini.
Iolsss dah muka cuak sebenarnyaa. Lelaggi  bila tour guide menakutkan kitorang. Hmm tawakal jelaaa meredah  tunnel ni. *Kuruih kuruihh askar vietnam kann.
 
Alhamdulillah dah selamat keluar. Cumanyaa maklum la bila atlit sekolah yang dah pencen ni, keluar keluar teruih cramp kaki. Kakak dengan adik plak tu memasing cramp. Urat terkejut kena merangkak tetiba ditambah plak jantung berdegup kencang. Nasibla ada si Hazirah dok urutkan kaki seminitdua. *Maceh ieraaa.
Kita rehat jap sambil menikmati alam semulajadi. Dah cukup oksigen sambung jelajah lagi ^^
Salah satu jerat yang digunakan askar Vietnam untuk membunuh tentera Amerika. *Kat sini la rayban Qah hilang. Tsk tskk.
In the end of the tour, pihak Cu Chi tunnel menyediakan ubi kayu rebus cicah gula dan kacang hancur untuk bagi feel depaa masa zaman peperangan dulu. Haishhh kalau bawak sambal bilis mmg licin dah ubi kayu rebus tu.
Ho Chi Minh City, we absolutely not meet again. Hahaa.

*Dengan Go Pro, filter gambar tidak perlu lagi.
*Please bawak sunblock sebab Vietnam is so hot. Sebab kami memang tak pakai apa apa kat muka maka cepat benau terasa legamnya. 

No comments: