Monday, March 30, 2015

Happy Birthday Acik. #ReenTurns22

24 Mac,

Selamat Ulangtahun Kelahiran Jelitawan kesayangan.

Semoga Allah berkati dan rahmati  setiap insan yang lahir pada hari ini, sesungguhnya mereka wanita wanita terhebat.

Dan 24 Mac, hari kelahiran adik kesayangan Qah, Azreen. Disebabkan dah kehabisan idea nak buat kejutan maka Qah bawak je si Reen ni ke Vietnam. Birthday vacation katanya.

Malam birthday tu, Qah gigih ajak si Iera dan Isha pergi cari kek kat Ho Chi Minh. Manakala si Fara pulak ajak Reen balik bilik. Nasibla kami ada dua bilik, maka bilik si Iera dan si Isha jadi tempat Qah buat preparation. Belon semua Qah dah bawak dari Malaysia. Semput semput memasing tiup belon.

Terima kasih kawan kawan yang menjayakan plan si Kakak untuk sambut birthday si adik.
Tanpa korang pecah mulut jugak la nak tiup belon, tak happening la takda hangpa.

Lepas dah sediakan belon dan kek semua kami roger Fara dan Reen ke bilik Isha. Nak sembang sembang sampai ke pagi katanya. So malas nak panjangkan ceghita si adik ni pun terharula dengan si kakak. Dah besar dah adik along ni, maka dah tua laa si kaklong ni. *Nangis tepi langsir.
Biaq bergelumang dengan belon, jangan bergelumang dengan dosa taw.

Wan Nor Azreen,
Jaga diri, jaga iman, jaga hati. 
Hangg adik along yang terpaling dengaq kata, yang tak pernah tolak permintaan along dan selalu ada disaat jatuh bangun along.
Dengan ikhlas akuu doakan angg semoga angg diperbanyakkan rezeki, diberi rezeki melimpah ruah atas sifat pemurah angg tu,dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat. Amin

Wan Nor Azreen,
Aku sayang hangg lillahitaala.
Moga tak lupa along andai angg ada hidup sendiri satu hari nanti.
Moga kita masih dapat travel sesama sebab angg adalah partner terbaik travel.
Aku doakan agar ang berjaya dalam hidup ang dan kita sesama jaga keluarga kita sampai ke Jannah.

Ya aku garangg tapi kawan kawan aku cakap angg lagi garangg.
Ya aku kakak tapi kawan kawan aku cakap angg lagi berjiwa kakak.

SHE IS MY SISTER, MY BEST FRIENDS AND THE BEST PART OF ME. I LOVE YOU, ACIK.


P/S: Birthday adik dan acik dah setel. Kena draft out plan birthday Mama & Abah plak.

No comments: