Thursday, March 26, 2015

Trip Ke Ho Chi Minh City, Vietnam (Part 1) | #MisiAsiaQah

Assalamualaikum..

Heaven tak korang rasa bila jadual korang pack dengan site visit, outstation sana sini tup tup korang apply cuti Isnin Selasa Rabu(*minggu outstation korang pun tak habis lagi) semata nak p Vacation. Memang bergaduh la dengan company pasai Qah apply cuti tetiba. Dengan rasa bersalah Qah membalas,”Hangpa taknak bagi Qah cuti, Qah berhenti” Kemainkan macam kerja lain berderetje menanti. Ya minggu depan Qah sambung outstation ok. Beg outstation minggu lepas pun qah tak habis unpack lagi. Ok back to the topic.

Supposed Qah ke Vietnam dengan kengkawan Qahje, si Iera, Iesha & Fara tapi dah dalam DNA qah ni seorang kakak yang suweet lagi penyayang, alang alang tarikh ke Vietnam kena date birthday adik kesayangan, si Reen maka dua minggu sebelum fly Qah belikan tiket beliau ke Vietnam. Celebrate birthday kat sana *nanti qah ceghita apa kejutannya. Last minute beli tiket, last minute kena paksa ponteng kelas, last minute add on hotel bagai. Alhamdulillah setel semuanya.

APA KENA TAHU PASAI HCM NI???

*As per request dari team travel Qah "Qah, please kami mohon Qah reblog secara jujur apa Qah rasa masa di HCM dan memudahkan Malaysian ke Vietnam."

Disebabkan Qah dipertangungjawab untuk vacation kali ni, gigihlah Qah study pasai Ho Chi Minh ni untuk pastikan vacation kami berjalan lancar. Terima kasih untuk blogger yang up kan entri Ho Chi Minh ni. 

Tiket Flight?? Kitorang seriously decide date last year dah tapinya beli tiket sebulan sebelum fly. Memula Qah nak booked Vietnam Airlines. But In the ends setia memilih AirAsia, Now everyone can fly.

APA YANG QAH WAJIB BAWAK TRAVEL KALI NI:
*Passport *Miss Apple & Powerbank *GoPro *Stokin – Pesen sejak sakit takboleh tidoq tanpa stoking *Stokin SoxWorld yang super comfy *Painkiller(Ubat Tahan Sakit), Minyak Angin & Habbatus Sauda *VictoriaSecretPerfume *Rayban- Malangnya dah tercicir kat Vietnam. *Telekung *Baju? Hahahaa beli kat Vietnam je.

MONEY EXCHANGE:
RM - Untuk lebih untung dan jimat, haruslah shopping guna Ringgit Malaysia. Maka, korang yang nak datang Ho ChiMinh bawa je duit Malaysia bebanyak sebab disana RM boleh digunakan. See ta payah susah payah menukar duit.

VIETNAMDONG- Yang ni jugak perlu ditukar untuk bayar teksi, bas atau makan makan kat sana. *Tukaq sikitja. So untuk VDong ni, Qah hanya tukaq 1Juta Dong= RM176. Itupun balik Malaysia ada baki lagi.

USD: Jyeahhh yang ni mmg sedihh. Tukar RM1000 dapat tak sampai 300USD pun. Oh miskinnya rasa. Untuk kengkawan Qah yang pergi, Qah tak galakkan depa tukaq USD sebab sangat rugi tapi disebabkan Qah yang manage TOUR & HOTEL, maka USD ni amat diperlukan kerana almost tour & hotel mengunakan USD.

HOTEL?? Basically bila Qah baca entri blogger semua akan suggest untuk stay di SAIGON PINK 2, Thant Thu hotel atau HONG HAC Hotel. Dan untuk kemudahan korang sila stay di sini. Tersangat dekat dengan Ben Thanh Market, happening dan ada banyak kedai muslim. Untuk yang nak ke Ho CHI MINH pilihlah Hotel di DISTRICT 1, mostly walking distance je dengan tempat menarik di sini. 

Tapi disebabkan hotel area ni dah full, Qah pilih hotel dekat area tourist, Dragon Palace Hotel. Macam biasa la Qah booked through Booking.Com. Taraaaa, ni la bilik Qah.

Disebabkan kami berlima, Qah ambil dua bilik tapi sedikit kecewa bila mereka downgradekan bilik Qah yang ada private bathtub kepada bilikair biasa disebabkan full.
 Tapi yang buat Qah positively redha is bila PEKERJA HOTEL INI TERSANGAT FRIENDly, HELPFULL and SERVICE SERIOUSLY SANGAT TIPTOP.
Dan terpaling best bila kita boleh tinggalkan Luggage selepas CheckOut, sementara menunggu flight boleh ronda ronda HCM dulu kan. *Takkan nak seret luggage ye dak?

TOUCHDOWN AIRPORT: 

Alhamdulillah, kami selamat touchdown di airport. Ok macamna dari airport nak ke Ho Chi Minh City?? Ada dua cara untuk geng yang main redah ni samaada Teksi Vinasun (Trusted taxi) and Via Bas. Ok Bas yang perlu naik untuk ke HCMCity (Bus stop near Ben Thanh Market) adalah bas NO 152. 
Makesure korang ada duit kecik sebab mereka takkan accept duit besaq. Selepas kehulu kehilir nak exchange duit kecik semua tak membantu. Nasib baik ada satu makcik ni sanggup tukar dgn kami. Untuk naik bas ni cuma VD 5000 per person so almost rm1 je seorang. Seeloknya berhati hati naik teksi disini sebab sepatutnya hanya RM25++ per taxi tapi masa kali pertama kami sampai depa nak charge VD150000 = RM26 seorang. Kemain nak menipu.

Attention: Please be carefull with motocycle, sebab di HCMCity ni Motosikal adalah kenderaan yang paling femes amos dan memenuhi jalanraya dan depa ni bawak moto agak main redah dan phewww seriously kacaubilau. Makesure korang kena berani accross the road especially at roundabout.
Welcome to the quite scary country - Ho Chi Minh City. Kami cool je. Kami rilekss je. Cuma nak cakap kami datang senyum riang beradap dengan hangpa, tak pelu kot hangpa tunjuk biadap. First impression kami kat sini dah cukup buat rasa nak fly saat tu balik Malaysia.

Renungkan apa aktiviti korang. Nak Shopping atau nak Tour satu Ho Chi Minh.

SHOPPING???

Untuk hari pertama kami disini, kami memilih untuk redah Ben Thanh Market. Kononnya nak shoppingla kain cotton, souvenir serta nak usha la apa yg best kat Vietnam.

WARNING: PLEASE, DO NOT BARGAIN IF YOU DON'T HAVE ATTENTION TO BUY THAT THING. Subhanallah, depa akan paksa kita beli dan takkan lepaskan kita selagi kita tak beli barang yang kita tanya harganya. Scaryyy.

ONCE TOUCH CONSIDER SOLD.

Dan untuk hari pertama kami di BEN THANH market, kami dah kena banned kaw kaw akibat ternegotiate harga kain pasang tapi niat nak beli the next day. 

But she said: " If you not buy here and now you cannot shop here anymore".

Kemain memaksa kami beli, but in the end kami tak beli pun. Tapi penjual tu p heboh satu market supaya tak jualkan kat kami. So kami decide untuk keluar dari pasar and come the next day dengan gaya ni supaya tak dikenali manusia pembuat onar itu.

Undescribe how we feel sepanjang di Ben Thanh Market tu, tapi satu pesanan kitorang pada orang Malaysia, berhati hati ketika membeli. //Nak describe terlalu panjang cuma kami dah penat bergaduh dengan penjual biadap, kaki maki, kaki paksa, suka meraba dan siap simbah aiq jampi depa. Janji taknak mai dah!

Tapi dont worry, kalau dah tak masuk pasar ni kat mana nak shopping ye dak? Ok sebelah pasar ni ada deretan kedai kedai yang ramai Muslim dan pelancong Malaysia. So kat sini ada beberapa tempat yang Qah nak suggestkan:
Nak beli baju kurung cotton yang dah siap, sini satu satu kedai yang tabah melayan kami. Pakat borong baju kurung cotton la memasingg.
Ni pun salahsatu kedai yang ada penjual sporting. Takdakla macam dalam Ben Thanh Market, biadap. Bila Qah bertembung dengan Malaysiaan ramai yang cakap bergaduh dengan penjual dalam Ben Thanh market.
 
Puas hati kann? Hmmm balik Kolumpo memang makan kain cotton jelaa. // Jujurnya barangan lain lagi murah Malaysia je. Tapi untuk kain cotton, baju manik dan Bag Deuter memang ni laa tempatnyaa.

 So normallahkan p satudua bag, seret beg kosong, balik tigaempat beg seorang, overweight pulak tu. Baghulaa Ho Chi Minh Kan?
 
Departure & Arrival * Skala sunburn dan kehitaman muka pun dah bertambah.

MAKAN MINUM: Halal? Bila baca blog ramai yang cakap Kedai Makan Hjh Basiroh dan Kampung Melayu adalah antara terfemes dan halal untuk muslim. Tapi aci dak Qah nak berkata Jujur; Jangan kita pergi semata dengar apa orang kata. Harga mahal tapi tak sedap. Kalau mahai tapi sedap tu berbaloilah juga. Kitorang yang lapaq seharian pun p makan kat kedai ni tak mampu habiskan. Sangat tak sedap. //Maafkan saya ye, saya hanya berkata benar.
Tapi betul, ramai akan cakap. kalau tak makan sini nak makan mana?. Kitorang berlima ni nyaris nak niat puasa ja. Tapi disebabkan banyak berjalan, maka kehausan. P/s: bawaklah maggi dan makanan dari Malaysia ya. * Seghius ghindu makanan Malaysia.

Tapi, rumours mengatakan Kopi di lorong muslim ni sedap, ternyata benar. Qah tak try sebab tak minum kopi, tapi geng travel Qah yang len cuba siap beli lagi setiap hari disana.
Siapa yang suka Kopi boleh cuba. Memang sedap kata depa, maka Qah belikan sepeket raw Kopi untuk Mama yang tercalon dalam penggemar kopi.

Apa makanan kami sepanjang di Vietnam? Breakfast buah, lunch buah. Dinner je kat Hajah Basiroh itupun dah menyesal tak sudah.
Buah. Buah. Buah dan Buah. Kami secara rasminya menjadi Herbivore saat di Vietnam.
Ciku. Mangga. Nanas. Limau Bali. Betik. Nielaa fav kami sepanjang travel. Hahahaa.
Kalau dah menu restoren kat sana lagu ni agaknyaa korang nak makan apa lagi? Ulaq? Buaya? Ka kurakura??

SOLAT??
Awai awai lagi Qah da print waktu solat kat Vietnam. Tapinya dah namanya bukan negara Islam. Maka nak jumpa seketul masjid pun payah. Islam itu mudahkan? Maka solatlah dimana anda rasa sesuai.

Dah panjang berjela sangat entri.
Untuk entri Tour in Ho Chi Minh. Boleh klik entri ini.



Ps: Travel has taught me to appreciate difference and realize likenesses.


ps: Nak beli bag deuter dan kain pasang lagi tapi taknak p dah. siapa p nak pesan boleh??

8 comments:

Anonymous said...

Nk tnye monopd sis letk dlm lugge or bawa masuk cabin ye. Time kasih ats info

Ieqahgajah said...

Maaf sebab lambat reply. Sis letak dalam handbag ja go pro. ^^

Liz S said...

Qah, tumpang tanya. Awat bawak USD, hotel tak terima credit card ka? Kami nak pi ujung bulan ni, plan nak bayaq hotel dengan card saja. -Kak Liza-

Ieqahgajah said...

Kak Liza, boleh guna kredit kad. Qah bawak sebab Qah takda kredit kad. Akak ada lagi mudahla kalau guna kad kredit. Dah aktifkan yg antarabangsa kan :))

Liz S said...

Mekaseh Qah!!! Ya dah :) Akak tak berani nak bawak cash sangat hihihi... Lega la dah tau. Kak memang pakai apa yang Qah tulih dalam blog Qah ni, wish us luck! Harap tak kena dengan jenih hat kuajaq dengan Qah tu.

Ieqahgajah said...

Kak Liza, happy vacation ok. Hmmm extra carefull k. sebab orang vietnam ni tak friendly. Hope akak punya holiday smoothja

Pakej Bajet Ho Chi Minh said...

Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej
cuti bajet ke Ho Chi Minh Vietnam serendah RM499, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk
maklumat lanjut. Terima kasih!

Anonymous said...

Sgt setuju...ni pun xsbar nk balik mesia...sumpah xnk dtg lg kt sini...