Tuesday, April 7, 2015

Mama, Selamat Ulangtahun Kelahiran.

April,
Bila bila April Aku menantimu, aku menantimu. *Terfeeling lagu Fazley pulakk.

Almaklumlah, April ni bulan paling ramai makhluk makhluk kesayangan Qah dilahirkan. Naik kering idea fikir nak sambut macammana, Tapi yang Qah tak sempat celebrate tu, hangpa tetap dalam doaku. *Ececeh.

Dua tiga hari sebelum 5 April,
"Along, acano plan besday Ma?"-Makcik kesayangan Qah, Chuck text.
"Along ingat nak celebrate sekali dengan Abah 11hb nanti"
"Alaaa, minggu tu chuck takda, p Korea"
"Alamak, along pulak busy minggu ni. Hmm. 
Acik & adik pun sama.Abah pulak kena kerja ahad ni"

Bincang punya bincang, demi Ma kan.
-Chuck agree to book lunch dekat New Horizon Garden Kuantan
-Pada hari kejadian, pepagi Ahad Qah terus lelaju balik Kuantan. Sampai Kuantan lelaju p cari kek dan roger abah suruh lunch sesama dekat New Horizon celebrate besday Mama. *Maaf mama sebab sengaja tak wish awal awal.

-Paksu dan Tok pulak roger Ma kononnya nak ajak p beli barang dapur.
Dan chuck adalah orang yang kena usahakan Ma datang ke New Horizon dan setting place yang sesuai untuk mama. *Habis kerah tenaga satu femili ni.
Nah selebet selebet dari Kl, Jum p seperaisedkan kesayangan. Tunggu depa setel kat dalam tu dulu ok.
-Bila kat dalam dah setel, Chuck lelaju whatsapp suruh masuk. Masa jalan nak masuk tu, si Danish cakap kat Mama; Ma, kaklong ngan Abah kat belakang. Nasib Ma ingat si Danish memain jaa.
Ayat pertama Ma; Eh Alongg?? Abah pun ada. *Siap abah sebab subahat dgn anak.
Alonggg SAYANG MA, LILLAHITAALA.
Alhamdulillah, seghonok alongg tengok Ma happy macamni. Nak rasa nak buat seperaised selaluu ni. Ya Allah, KAU rahmati dan berkatilah Ma.
Selamat Ulangtahun Kelahiran Ma, janji alongg akan usahakan sehabis daya untuk senangkan hati mama. Bahagiakan Ma.Tapi tang menantu ka cucu kaa, nak along terlebih kaya kaa, mohon doa dari Mama lah yee. Sebab tanpa doa Ma, tak kemana alongg ni.
Keluarga kecik Mama: Mak Ma, Suami Ma, Adik-adik Ma, Anak Ma (Walau tak cukup Quota), Anak sedara Ma. Terima kasih semua. Terima kasih. So untuk Kakak Mama dan Adik adik yang lain mohon hadirkan diri untuk birthday Abah plak ye.
Apa tunggu lagi. Jom melantak. Bismillahirahmanirahim. Terima kasih staff New Horizon untuk service tip top. No wonder tempat ni selalu jadi pilihan keluarga kecik kami untuk buat family gathering, ^^
Seharian melayan Ma, ehem ehemm Dik Ekingg and Acikk, Maseh bagi chance aku feeling feeling anak tunggal ye. Malam ni, bulan Cantik sangat. Bertambah cantik sebab ada dua makhluk kat sebelah ni. Tanpa Mereka, takdaklah Ieqah si degil dan kememe tapi ajet gagah ni..

Ma, age is just a numberkan, yang penting apa yang Ma buat saat hidup Mama ni. Kalau dulu tulis pepanjang pun Ma mungkin tak baca tapi sekarang Along tahu Abah pembaca tegar blog along kan?? 

Selamat Ulangtahun Kelahiran, Ma.
Jaga diri, jangan sakit selalu. Jaga Iman, itu je nilai akhir hidup kita.
Jaga Hati, sayangi sekeliling. I love You.

No comments: