Friday, September 11, 2015

Trip to Boracay, Philippines | #FaWnaKeBoracay

Subhanallah cantikkan? Sampai ja teruih snap ni bagi orang Malaysia. Hikhik

Amaran : Entri yang disinopsiskan  dan Semua gambaq yang dipaparkan adalah straight dari phone/gopro tanpa edit and sememangnya NoFilter. The view that i miss and love the most.

Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan Qah ke Boracay, Philippines kali ini. Boracay supposed in list travel Qah for 2016, tapi rezeki menjejakkan Qah ke Boracay pada September setelah booking flight tiket ( which is promo RM400 return) sebulanja before travel.

Boracay? Certain people masih tak tahu dimana Boracay ni. In fact rakyat sana pun tanya Qah dari mana tahu pasai Boracay. Boracay terletak di Filiphina. Seriously Boracay sangat worth it terpilih pulau paling cantik di Asean. Dan antara pulau yang Qah pernah pergi, for this time being Boracay is the best one and i recommended awak awak semua untuk pergi.

Trip kali ini Qah bersama kawanbaik Qah, si Paah. Berdua pun boleh aih nak p meroyan sampai ke Philippines. *Thanks girlfriend sebab sudi jadi geng travel Qah kali ini.
Orang selalu cakap, eh tak bahaya ka Philipphines? Perempuan berdua pulak. Tapi insha Allah cekalkan hati walau mama duk berleter sebelum Qah fly ke Boracay.

This is a few tips to Boracay bagi sesiapa yang nak meredah macam Qah:

1. How to get there - Nak ke Boracay perlu naik flight dari Kuala Lumpur - Kalibo (Boracay) untuk perjalanan selama 3jam30minit.Hanya AirAsia menyediakan direct flight to Boracay. Touchdownja flight, kena ambil Van untuk ke Jeti Aklan/Caticlan which is 1jam30minit perjalanan yang berharga 250peso seorang around rm23 (including harga boat ke Boracay sekali) dan setibanya di Jeti kita kena bayar terminal fee sebanyak 175Peso = RM16.10. Setibanya ke pulau kita perlu mengambil tricycle untuk ke hotel dengan bayaran 100Peso satu tricycle. (Kalau kongsi ramai lagi untung since tricycle tu boleh naik berempat. So kami berdua kongsi berduala.Untuk balik Van dan boat pulak 300Peso including terminal fees. 

Mohon jangan lupa simpan Airport tax 700Peso siap siap. Kalau tak, tak baliklah uolss.
So overall nak kena ada untuk Van&Boat pergi dan balik serta tax bagai  RM120. Nak selamat RM150 (1380Peso) khas siap siap untuk transportation dan tax.

P/s: Masa isi health declaration form atas flight untuk bagi kpd imegresen takpayah jujur sgt sebab jujur sangat menyusahkan korangja nanti. Tulisja sihat. Sebab Qah habaq Qah headache pun kena beratur untuk p check bawa penyakit ke dak.

2. Currency - Duit yang diguna disana ialah Philipphine Peso. Currency Qah semasa ke Boracay is 100Peso bersama RM9.20 Since duit Malaysia semakin jatuh harganyaa dari 100peso bersama RM7 / RM8. Oh ruginya. Dan tak lupa since Philippines is pro Us punya country semua benda depa buat depa nak TIPs. Sediakanjela duit kecik for tips. Huh. Ada 1500 pun dah boleh fly ke Boracay.

3. Cuaca di Boracay - Untuk pengetahuan semua November- April adalah waktu terbaik untuk ke Boracay. Tapi kenapa Qah p September (Ni kes tazabar sangat walaupun sebelum dan selepas Qah kesana hujan ribut.)  Boracay mudah dilanda taufan dan kalau boleh elakkan musim Hagabat (raining and windy season which is June- October.) Tapi lega nasib sangat baik cuaca panas sepanjang Qah disana.

4. Hotel / Tempat penginapan - Sebelum pergi ke Boracay, Qah ada study sedikit mengenai Boracay. Dan Alhamdulillah hotel yang Qah pilih pun sangatlah strategik. Dua pantai femesamos Boracay iaitu White Beach & Bulabog Beach. White Beach (Happening place) terbahagi kepada Station 1, Station 2 & Station 3 manakala Bulabog Beach sesuai untuk surfing and tempat dimana semua boat menetap bagi aktiviti laut.

Untuk memudahkan korang semua especially first timer, please stay at STATION 2. Station 2 has everything dan sangat tumpuan pelancong. Dan kalau boleh jangan duduk di Bulabog beach sebab pantainya sangat tak cantik dan kotor. (Akibat saluran air yg diguna semua disalurkan ke Pantai Bulabog,busuukkk)

Sepanjang Qah disana, Qah stay at dua jenis hotel. Hotel pilihan pertama Qah is Tonglen Beach Resort, sangat privacy, tenang dan hanya 6 minit jalan kaki ke pantai. Biliknya bersih, staff pun baik ada swimming pool. So untuk dua malam disini Qah dicharge 3000peso (RM280). Jangan risau hotel rm80 semalam pun ada tapi pesen si Qah mmg nak cari hotel ada swimming pool.
Taraaaa, hat belakang tu laa bilik Qah.
Hotel kedua Qah untuk hari ketiga dan keempat ialah La Carmela De Boracay, Hotel ini adalah pilihan paling femes setiap tourist yang datang. Hotel ini terletak betui betui depan white beach. So harga untuk satu malam disini ialah RM200 including tax.Nak tahu bilik selesa dan macammana hotel boleh klik ja link hotel diatas.
See, percaya dak swimming pool memang salahsatu wajib ada dalam hotel pilihan Qah.

5. Makanan Halal- Phewww bab makan ni memang masalah bagi seorang WanNurulAtiqah setiap kali travel. Qah rela puasa dari makan makanan depa masak walaupun ada kedaimakan halal. *Alamak lupa snap gambaq kedai makcik tu tapi ada di Kawasan D'TaliPapa. So bila si Paah p makan, Qah duk temanja. Kat Boracay ni cuma ada dua tiga je tempat halal dan sgt takhappening. So nak selamat Qah asyik makan buah dan menatang addict Qah wajib tiap hari is MANGO SHAKE. Oh sedapnyaa.

Ps: Chatime, Mcdonalds, Starbucks pun ada sini. So paa lagi.
Outdoor Breakfast
Indoor breakfast. Muka toksah nak runsing sangat, InshaAllah halal sayangg.

6. Internet - Haahaha sebagai pencinta tegar Instagram dan memudahkan komunikasi Malaysia dan Philippines wajiblah beli simkad depa kan. Dekat airport nanti akan ada Smart simkad berharga 400Peso untuk internet unlimited selama 5hari.  Qah dan Paah berkongsi satu simkad dan apalagi buat hotspotla. Kata unlimitedkan, buat apa nak beli simkad bebanyak. Tapi Qah gigih cari simkad dekat Boracay sebab mindset airport mesti juai mahai. So kat Boracay kami dapatla simkad 400Peso  tu dengan harga 350Peso. So everywhere boleh online, tengah parasailingka, island hopingka. 

7. Tempat Wajib Pergi dan Aktiviti Best di Boracay. - Please bawak duit bebanyak untuk aktiviti kat sini ok. Tapi disebabkan kami p 4H3Mlm ja ada satu aktiviti best kami tak sempat p. Tskk tskk. Dahla takda kat Malaysia pulak tuu. Korang jangan risau bersepah orang negotiate pakej aktiviti apa korang nak buat. Cuma tips dari Qah jangan nampak sangat mcm korang first day sampai. Harga taknak nego teruih dan spesis Qah plak nak nego sampai lebam, jenuh kaki Paah temankan.


Misi sunburn bermula. 

*Island Hoping - Harga fixed 800peso. Sebab hari firstkan dia bagi Qah 700peso ja (RM65). Cisss. Esok tu tanya 600peso pun boleh. Nak marahlaa mak. Island hoping dari pukui 10pagi sampai 4petang. Dia akan pickup dekat Hotel tapi kos tricycle yang kita naik tu kena bayaq lain lagi. 

Tips Qah: Better korang pergi negotiate teruih dekat stesen depa dari orang tepi jalan kat sana sebab takut kena tipu.
Ok jum Island Hoping. (Crocodile Island for snorkelling - Crystal cove island (kena bayaq lagi 200peso) ye kat sana keje nak tambah duitja.- Magic Island - Puka Beach)
 
First pit stop - Crocodile Island. Ada budak itam tu gigih nak snorkelling tanpa life jacket. Masuk tak sampai 10minit minum aiq masin banyak, arus pun macam apa mulalah nak lemas. Lepastu mulalah megenyehh atas boatja siap pakai life jacket. #pengajaran.
Second PitStop - Tempat terpaling Qah nak p. Kena bayar additional 200peso untuk masuk ke private island ni. Crystal Cove Island is very the Santorini. Hahaha. Gambaq macam biasa, tangkap dan teruih upload. Tapayh sesusah editla.
Panaihh and becoming budak itam. Tskk tskk. But what can i do.
I hate sunburn but i love pulau the most

p/s: Mohon next game Liverpool & MU. Menanglah Liverpool. Taklarat nak duk dalam gua dahni. Peace. Hahaha.

Third Pitstop supposed Magic Island untuk buat jumping tapi sebab kami takmau acah acah Pandelela Rinong aihh. So teruih ka Puka Beach. Subhanallah, Puka Beach pun cantikla. Aiq memang super clear, boleh botoikan jadi mineral teruihla. Hehee

* Helmet Diving - Harga untuk helmet diving ni supposed 800Peso tapi kami dapat 500Peso ja (RM46). Mana nak dapat kat Malaysia. Helmet diving included cd gambbar dan video dalam aiq lagi.

Untuk ke helmet diving kami ambil boat private. Dari Bulabog beach, nak ke helmet diving punya tempat 10minitja. Disebabkan aiq surut tak semua boat boleh masuk so kita kena berjalan redah aiq sikit ke boat, Mamat sana offer to piggyback kitorang lagi sebab dia tahu Qah namo redah aiq Bulabog yang kotoq tu untuk ke Boat. Tapi takkanla Malaysian nak berpiggyback maka dia sedaya upaya dekatkan boat ke daratan. Thanks.
 Hai Paah sayanggg kemain termenung jauh nampak.
Niela tempat helmet diving/ seawalk. Nak jalan dalam laut kena pakai "mangkuk jamban" hat berat 25kg pikul atas bahu, nasib dalam aiq beratnya 2kg ja tapi duatiga hari sakit bahu tak hilang lagi. Nanti dalam laut, telinga super sakit akibat tekanan aiq. Tapi jangan risau ada hat jagakan kita, hat tolong ambilkan gambaq. Tapi naik ataih nanti tips jangan lupa.


Seorang Qah diserang ikan nomey nomey. Arghhh seghonoknyaa kat bawah sana. Semua orang diberi masa 30minitja berada di bawah. Hmmm tak sempat sembang lama dengan nemo dan ikan nomey nomeyy ni. 

*Parasailing - Harga asal pun 1000Peso. Tapi bila combine banyak aktiviti kita boleh negotiate sampai dapat harga 600Peso (RM55 per person) Murahkan??
Nak enjoy the view Boracay punya lautan dan nak kena celup tengah lautan. Please try ni. Seriously heaven. Seriously sangat chantek.

*ATV & Zipline - Aktiviti ni di Mount Luho taw. Mount Luho ni harus p nak tengok deck view menghala beach.Yang ni kitorang tak berkesempatan p. Ya Allah menurut geng Malaysia yang lain yg kami jumpa semua seghonok buat Zipline. Tskk tskk. Bayarannya cuma 1000Peso (RM92). Atv kat malaysia ada tapi Zipline ni kat mana lagi ya?? 
Gambaq ni kita kreditkan kepada Google. Heee

*Willy Rock Station 1,- Hat ni salah satu tempat cantik nak bergambaq sambil fefeling tengok sunset. Free ja, takda kena bayaq apa. Sis berSelfie berlatarkan Sunset dan Willyrock. Sapa yang nk habiskan duit naik kapal layar p layan sunset tengah laut pun boleh, RM50 jaa.

8. Shopping Souvenir.- Kat sini nak cari souvenir bolehla beli di  D'Talipapa atau DMall. Pepandaila hangpa bargain na.
 
Budak ataih ni teringin nak buat hair braid tapi dia bertudung pulak makanya dia tahanja diri sambil usha harga. So sapa sapa nk buat hair braid ni harga murahja. yang rambut pendek rm15, yang rambut panjang rm35. Setel.

9. September. Eh. Just enjoy the Boracay. Apa apa yang Qah terlepas pandang atau terlupa nak ceghita time by time akan Qah updatekan. Pantai dia yang superb crystal clear buat Qah seghonok mandi kat sana.. Rasa macam bgambaq dalam gambaq.
Underneath pokok kelapak i will wait for you. Ni pantai depan hotel Qah ja, whitebeach at Station 2. To travel to other Asean country make me realize how lucky i am to be Malaysian.
Seorang Qah seghonok tengok bebudak Philiphines main sesama depa.
Malaysian bila bertemu Malaysian di negara orang haruslah jadi geng. Kan kan kan.
Boracay with Love. Istana pasir ni bebudak Boracay yang buat. Kreatip depa ni. Nak bgambaq kat sini kena bayaq 50peso. Nak ukir nama plak kena bayaq 100peso. Alahai pandai depa cari duit kann.Tak bayaq jangan harap dapat bgambaq.
Untuk travel partner trip Qah kali ni, Paah sayang. Terima kasih sebab sudi bercuti dengan Qah, sesama tabahkan diri meredah negara orang berdua dengan Qah. Layankan karenah bergambaq dan songeh Qha terhadap makanan. I love chuuu. 

P/s: Ang amek matsalleh yg dak pakai baju tu, Qah amek hat pakai baju tu ok
Travelling is my drug of choice. Boracay, Philippines. Checked 


#CountdownNextTrip

8 comments:

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Amboii bestnya Qah!! Jelousnyaaaa... Total Qah spend berapa sumenya pergi balik,hotel and makanan + aktiviti?

Anonymous said...

Kita bangga ada ladygagah mcm akak... pi mana pun lepaih...yg penting jaga diri :)

#adekcomeyhatikapas

mohdhadishafawi.blogspot.com said...

Best...Qah orang mana ? Pekat aih loghat..

Hermanmike said...

Salam nak bertanya...berapa budget keseluruhan plss bgthu boleh

Ieqahgajah said...

Salam. Budget sorang semua haritu flight hotel makan aktiviti shopping souvenir tak lebih 1.5 k.

Masyitah Hamidi said...

Aslmkm. Hai, bestnya entry u. Nak tanya few questions boleh? I listed kat bawah.hehe

1. Berapa total cost for activities u join?
2. Free & easy atau book di mana ye?
3. Agak2, boleh sums up cost makan per day u kat sana?
4. Utk last day, u bertolak dr hotel pkul brpe, and flight u pkul brpe ye? Cos, i confuse utk balik mcmane.

Really appriciate for ur further feedback. Thank you! ;-)

Ieqahgajah said...

Wslm. Hi Masyitah.

1. Aktiviti yang Qah join snorkelling (island hoping), helmet diving, parasailing dalam RM200 ja semua.

2. Free & easy. Qah redah ja kesana dan booked aktivit dekat sana ja. jangan risau memang banyak.

3. Makan ye. Breakfast hotel dah sediakan. Lunch and dinner tu dalam RM35 kot. Qah da lupa.

4. Flight balik qah pukui 3 tak silap. Qah keluar dari boracay pukui 11pg naik boat. lepastu van transfer ke airport sejam.

sam said...

I'm Off to boracay this coming 3rd of November inshallah, Tq qah for sharing the info, especially sim card internet service there, I'm dying with out them...xixixixixi