Wednesday, October 28, 2015

Percutian Pendek Ke Phuket | #FLQSShortVacay

Hai haii, angin laut Boracay bulan lepas dah hilang kan? Maka hari ni Qah nak bawak angin laut Phuket plak. Kalau tahun lepas ceghita pasai Krabi, hari ni Phuket maghi.

Percutian pendek ke Phuket ni terjadi sebab nak penuhkan wishlist si kawan Qah, Farah. Katanya habis ja Konvo dia nak p travel dengan Qah dan destinasi pilihan pertamanya adalah Phuket. Maka jumaat sehingga Ahad lepas Qah bersama geng UniKL pun fly ke Phuket. Ok tiket kitorang p balik RM312 seorang. *Beli tiga minggu sebelum fly. Selepas konvo si Faghah ni hah. Actually tiket p Phuket ni boleh dapat murah lagi jika beli awai.

Tip? Panduan ke Phuket? Qah rasa p Phuket ni redah ja. Maka post kali ini Qah hanya nak kongsikan pengalaman perjalanan Qah ke Phuket kali ini. Touchdown je di Phuket, kitorang terus ambil taxi which cost 800baht. Ok currency kami 100baht = RM11.60. *Dah rasa taknak travel ja dizaman kejatuhan ringgit ni sebab last year Qah p Krabi 100Baht = RM9.80. Nak naik mini bus 180Baht seorang.

Phuket ni banyak bahagian pantai antaranya Karon Beach, Kamala Beach, Kata Beach tapi kitorang duduk kat tempat paling happening dan konon pilihan ramai la iaitu Patong Beach.

Apa aktiviti best kat Phuket.? 

Snorkelling kat Phi Phi Island & Maya Island. [1200Baht]
Simon Cabaret. *hat laki memang suka sangat aih p sini. [800Baht - Vip seat]
Wajib pergi ViewPoint. Viewpoint femes amos Karon View Point & Phromtape Cape.
Elephant Trekking [800Baht]
Shopping kat Jungceylon Mall, Bangla Roads, Patong Walking Street.
Phuket Fantasea [1300Baht]
Thai Massage [250Baht]

* Get ready duit yang cukupja. Team kami ni hampir 3,4 kali p currency exchange kat sana tukaq duit sebab over belanja. Haha.. So sad sebab tukaq kat sana 100Baht = RM12.45. Qah bawak duit belanja 6000Baht = RM700++ pun balance bawa balik Malaysia RM2.

Tempat penginapan. Disebabkan Qah yang uruskan maka dua benda yang Qah pentingkan adalah tempat strategik easy access dan ada swimming pool. Haha.

Disebabkan malam kami sampai maka kami check in hotel yang super jimat RM60 semalam tapi still ada pool dan jalan kaki 5minit ja p Simon Cabaret punya tempat. Bilik ni boleh tahan selesa, besaq pun besaq cuma swimming pool dia perlukan maintanance lagi.
Padiaaa la yang depa suka tengok sangat. Hat fake je pun. Tapi sapa sapa nak p cuci mata silakan laa. Simon Cabaret ni kebanggaan la bagi Phuket kononnya. So malam tu habis dengan jalan jalan dan rehat untuk aktiviti esoknya.

Untuk hari kedua di Phuket. Kitorang transfer ke next hotel iaitu Tony Resort
Macam biasa nak ada pool dan rakan sebilik Qah still farah. Manakala Syira sebilik dengan Lily. Rate bilik pun murah (RM150semalam/bilik) dan hotel sangatla selesa.*Ps: Maaf Meran kitorang tak ajet ajet backpackers pun ok. Hahaha.

Untuk Aktiviti Hari Kedua, disebabkan Qah dah pusing pulau masa kat Krabi dulu which is Krabi dan Phuket sesama boleh ke Phi Phi Island, maka yang lain pun setuju untuk tidak pusing pulau maka kami buat City Tour by skuter.
Hahaha, tang jalan jalan naik skuter ni memang seriously banyak kenangannya.  Kami sewa satu skuter dengan harga 200Baht untuk sehari. Untuk topup minyak pulak 40baht seliter. Mahai yakmat kan. DAN PALING TAK BEST DIA NAK 1 PASSPORT UNTUK DICAGARKAN. Setiap kali Qah baca blog semua cakap bahaya if tinggaikan passport. Tapi katanya jika tak tinggaikan passport kena bagi RM1000. Bincang punya bincang, passport Qah la jadi cagarannya.

"You take care my motorbike, i take care your passport." - Aunty skuter.


Maka dengan skuter tu kami p merantau sekitar phuket dan kesemua view point yang jauhnya 45km dari Patong Beach dan perjalanannya lebih kurang mcm naik Cameron highland. Tanah tinggi dan jalan mcm ular kena palu.
Pit stop pertama kami adalah Karon Beach, 30minit merempit dari Patong Beach. Kat sini belambak mat saleh. Oklaa masa kami mai sini kami berempat ja Melayu dan bertudung. Pantai kat sini quite calm compare to Patong Beach la. Tapi laut kat sini biasaja, macam kat Teluk Chempedakja.

Next kami teruskan perjalanan ke Karon View Point.*main redahja bawak ikut naluri hati disebabkan signboard nya kejap ada kejap takda. Perjalanan selama 15minit lagi. Sebelum ke Karon View Point, kami singgah di Kok Chang Safari sebab nak fullfill wishlist si Farah ni nak naik gajah.

Kami ambil pakej kedua (medium lamanya lalu jungle dan seaview) bernilai 800baht tapi negotiate dapatla 750Baht seorang. Mahai, sebab ada tempat boleh dapat 450baht seorang. Tskk tskk. Tapi demi gajah, naik jugakla. Hah bakkata faghah mencabar jugakla naik gajah ni, mengalahkan rollercoaster. Nak tengok muka cuak farah lepas habis smp puncak?? *maafkan Qah ye fara. hehehe
Dan masa nak turun plak adik ni bagi chance qah tunggang gajah around 30minit sampai ke bawah. Ambuiii kemain lagi si Chang ni, suka sangat menyembur belalainya keatas. Busukk tahu dakk, puas nak elakk si changg ni sembur sembur angin dan habuk kat kita. Kuat betui bergurau si chang ni. Lenguh jugakla kaki naik Chang ni. *so completely bau gajah da.
Habis satu jam dekat Kok Chang Safari kami teruskan perjalanan ke Karon View Point, yang mana checklist Qah untuk ke Phuket adalah semata kerana View Point nya sahaja.
Dari Karon View Point ni kita boleh nampak Karon Beach yang kami singgah nun dibawah sana tu. Pheww tanpa sedar tinggi jugak skuter ni kami bawak. Patong beach memang tak nampak teruihla. Hahaha.
Masalah seorang Wan Nurul Atiqah, asyik gelabah cari kunci motor ja. Haha. Ok sekarang kitorang nak pergi ke Phromtape Cape View Point plak. Ni tempat terpaling Qah nak p sebab terpengaruh dengan cerita SEJOLI lakonan MayaKarin. Perjalanan ke sana around 20minit dari Karon View Point.

Nak dijadikan seghonok merempit dengan skuter, sambil gelak gelak bagai. Tiba tiba fara tegur, "Qah, nak pusingka?? Dalam hati awat nak pusing plak nak p tempat paling Qah nak p kot. Pandang ja depan ada Roadblock la. Hahaha. Seriusly tak gabra, rileks ja p serah diri. Ajet ajet tourist sangat padahai lupa yang Passport takda kan.
Ok mohon abaikan tudung yang terbang tu. Sampai situ polis tu tanya, "Are you from Amerika" Kami apa lagi nak gelak jugakla. dah terang terang muka malaysiaan. Soal siasal punya soal siasat maka akhirnya....

This is Rare experience for me. Weyhhh serius mood hilang sikit. Kat Malaysia pun Qah tak pernah kena saman kecuali speed trap tu pernahla kan bawa laju yakmat. tapi kat roadblock tak pernah la plak. Hahtengok tengokk, Iqa ja korang faham kan. Yeayyyy kena saman yeayyy. Kena bayaq  laa tu jugak, nasibla RM60ja. Hmmm. Dan kawan Qah hat sorang lagi pun kena saman sebab ada lesen kereta sahaja. Hee.

Ikutkan hati memang nak pusing balik tapi demi  Phromtape Cape pujaan hati Qah bawak jugak moto sambil merembes aiq mata *tipuja.nak marah pun tak guna tapi frustla weii. Habis duit nak massage malam t. Wkakaka.

Alhamdulillah, Phromtape Cape View sedikit sebanyak dapat melupakan geram Qah pada polis Thai tadi. Huh. Phromtape Cape ni terletak hujung Phuket dan kat sini laa ramai orang nak tengok sunset.
Tunggu punya tunggu sunset tak muncul muncul yang ada cuma jerebu. Smoke dari Indonesia bak kata orang Thai kat sini. Nampak tak kesedihan kena saman selow selow dibawah jerebu. Hhahaa.

Ps: Nak dijadikan cerita waktu balik polis tu still ada tapi kitorang leh tunjuk ja surat saman yg dah kena tadi. Tip untuk korang yang taknak jmpa roadblock, datang ke Phromtape cape lepas Pkul 6 sebab depa da stopkan roadblock.

Jangan tanya sunburn ke tak, haruslah tanned sedikit sebab bawak moto dari pkui 12 sampai ke 8malam. Malam tu kami jalan jalan cari souvenirs dan p massage la, barula Thailand kan.
Depa kata laki suka singgah Bangla Road ni malam malam. Hmm jangan tanya kenapa k. Qah share sikitja. Hangpa pandai pandai la zoom ye. Itupun curi curi snap & buat video. Ye ok yee, sepanjang bangla road ni ada open bar dan ada penari tiangg lebih dr 10orang setiap kedai. so kalau de 10 kedai da 100 org menari tiangkan?? nk tgok hat half naked ka, yang tak pakai apa teruih. semua ada. rosak mata weolss. Malu rasa lalu kat situ. *Niat nak p cari souvenir ja.
Dah penat berjalan, souvenir dah beli. Pukui 12malam sebelum tidoq kami p massage kat depan hotel. Jangan risau kedai massage bersepah dekat Phuket ni. Kedai pilihan kami TON P MASSAGE. Full body thai massage for an hour cuma 250Baht and serius kat Malaysia tak dapat harga ni bro.

Fuh cukup ringkasan cerita untuk hari kedua. Hari ketiga plak kami banyak leisure je di Phuket. Disebabkan Hard Rock Cafe semua ada dalam checklist geng travel Qah so pagi pagi bangun tidoq ja teruih p Hard Rock Cafe.(5minitja dari Hotel)

Morning walk bersama gilfriend sepanjang Patong Beach. Alhamdulillah untuk peluang ini. Secantik laut kat sini, jujurnya pantai Boracay 10 kali ganda cantik dan crystalclear.. *Tetiba rindu Boracay.
Ha, kat belakang tuela banyak kedai souvenir di siang hari dan jadi the most happening place malam hari. (BanglaRoad oii). * Kesian girlfriend Qah si Syira ni, sampai bebandage kaki sebab banyak sangat berjalannya.

Hah lupa Qah nak cerita pasai makan. Ok untuk yang Muslim. P cari Masjid kat Phuket ni, kat area tu banyak sangat makanan Muslim. Dan kalau nak cari Pancake dan feeling tepi pantai, dekat area awai awai masuk Patong Beach nak ke Kamala Beach banyak deretan kedai muslim taw taw.
Sepanjang kat sana kami makan di Shaveena. Alhamdulillah makannya sedap harga pun bolehlah tahan dan ada wifi. Korang wajib minum milk tea dan bandung kat sana. Seriously lain dan sedap dari Malaysia. Arghh tomyam sedap, kerabu mangga pun sedap. Dan p mana Qah mmg cari Mango shake. Arghh sedap. Makanan halal banyak kat sana, tak payah la nk makan makanan yang tak boleh jugak ye.
For three days and two night We  have collect memory together but still not enough. So we plan next vacation. Now, we counting down for next trip. See you soon girls. I love you.

Lots of love,
Phukets


P/s: Airport Phuket takda tax
Sediakan 200baht seorang untuk transport ke airport.




21 comments:

TravelWithMillo said...

Wahh..bestnyer. Part kene saman tu sebab xde international licence ke cne?? kalau tunjuk lesen moto Malaysia diorang lepas tak???

Baru ingat nak berskuter je kat sana nanti...

Ieqahgajah said...

Ada lesen moto Malaysia pun dah lepas da. So bolehja berskuter pun ^^

Anonymous said...

salam. taxi mmg 800bhat ke dr airport ke phuket? sbb hotel pun ada sediakn airport transfer 800bhat jgk..igtkan mahai yg hotel punyer tuh..

Ieqahgajah said...

Aaah awak. taxi mmg harga range macamtu satu kereta. so better awak amek dengan hotel tu ja la kalau sama

lemonade said...

salam sis,...
agak2 budger sorang brp ea p phuket?

JueAndikaSuria said...

Tahun lepas g Krabi pon ada roadblock jugak...masa tu berdua je, yg sy ni xde passport sbb sewa motor dia nk passport, tp xde mintak lesen pon, helmet pon x pakai masa tu, xde kene saman pon...polis kt sana peramah giler...dh la hensem...hahhahaha....

Ieqahgajah said...

@JueAndikaSuria : Aaaaa seghonoknya. untunglaa. polis kat phuket haritu dahla strict. tua plakk. tskk tskk

afifi asus said...

assalam..hari last tu nak ke airport naik mini van jgk ke??kat patong beach tu ada ke mini van ready utk ke aiport??

afifi asus said...

assalam..nk tnya,hari last balik ke airport tu naik mini van atau teksi eh??brape harga??boleh amik dgn ejen tour kat ctu eh??

Ieqahgajah said...

@afifi asus : Hi. kami balik ke airport naik cab, dan mostly harganya mmg sama ja range 800Baht.

aida nani said...

Nak tanye...agak2 sekarang selamat lagi ke nak gi phuket....

Ieqahgajah said...

@aida nani: Hai. Ha Qah taktahu nak cakap, kalau pergi please extra careful. Selalunya kawasan pelancongan mereka jaga. Tapi kalau hold dulu untuk sekarang mungkin lebih baik kan

Anonymous said...

masa 1st day kat sana tidier hotel mane?apa nama dia?

terima kasih.

-cucu mak leha-

Anonymous said...

Salam sis,g phuket skrg xok eh.. De apa2 isu semasa ke?

Ieqahgajah said...

Salam. Sis rasa phuket dah ok sikit sebab kawan sis pergi minggu lepas alhamdulillah smooth ja katanya

Fadhilah Hanapiah said...

baca bab tiang2 tu...huhu...cancel la xjd nk pi phuket...nanti hatiku yg sakit!

Sazatul Effa Mat Noor said...

salam, masa 1st day kat sana tidur hotel mane?apa nama dia?

terima kasih.

noorine tajuddin said...

tq f d tips n info.very clear n informative.syukran terjumpa blog ni sbb akn berholiday ke sana bln march.

noorine tajuddin said...

tq f d tips n info.very clear n informative.syukran terjumpa blog ni sbb akn berholiday ke sana bln march.

Ieqahgajah said...

@Noorine Tajuddin : Selamat bercuti awak

elisafatin said...

Terima kasih atas info di atas... our next destination to phuket... soon...