Friday, May 6, 2016

Jom Korea Babe | Bahagian 1



ENTRI TRIP TO KOREA IS ON THE WAY.
AnyeongHaseyo
Its like dream come true. Sebagai pencinta tegar KoreanDrama, Korean Variety show (RunningMan, We Got Married and The Return of Superman. Qah memang menanam hasrat untuk menjejakkan kaki ke Korea. Yelah nak tengok sendiri tempat tempat yang selalu tengok dalam skrin laptop.

The first thing Qah listkan tempat wajib pergi di Korea.Kemudian Qah google dan study pasai korea. Lepastu Qah beli tiket ke Korea sebulan sebelum terbang (tiket pergibalik RM986). Murahkan? 

Dan Alhamdulillah 26 April 2016, Spring, Qah selamat menjejakkan kaki di Incheon International Airport. Daehan Minguk Manse, Qah is coming.

Currency masa Qah fly 10,000won= RM36
Suhu (Spring) = Pagi 15'c, Tengahari 20'c dan Malam 12'c.
Pakaian sesuai = Sweater, Jaket yang tak terlalu tebal. Pakaian casual pun boleh bagi yang dah biasa sejuk ni. Dan kasut sukan k :)

Macammana dari Incheon Airport nak ke Seoul City?
- By Ekspress Train - Incheon to Seoul Station (8000Won) dan kemudian dari Seoul Station tukar train ke Stesen yang berkenaan. (depends tempat penginapan masingmasing.)

- By Bus. Tiket sehala 15,000Won (RM54)
Disebabkan Airport Limousine Bus ni lalu depan tempat penginapan yang Qah pilih dan Qah taknak tukar tukar train (dengan pikul beg banyakbanyak) maka Bas menjadi pilihan Qah untuk ke Seoul.

Stay kat Mana??
- Qah pilih Dongdaemun punya kawasan. Hotel GloryInn jadi pilihan Qah.
Sebab apa qah pilih GloryInn. ( 3-minute walk from Exit 7 of Dongdaemun History & Culture Park Subway Station) Booked through Booking.Com.
Super strategik. Berdekatan dengan Subway Line 1,2,4,5. And walking distance to Dongdaemun Market, Cheonggyecheon stream. Malam malam jalanjalan sensorang pun selamat ja rasa.
Staff: Superb Friendly. Layanan TipTop. Breakfast was Ok. Room super comfort & Daily maid service. Ya, bilik sentiasa kemas. Tuala tukar setiap hari, sediakan iron untuk Qah.

WIFI: Laju gilaaa. Seriously. Harga bilik: RM180++Semalam untuk bilik Single. Kalau bilik double RM2++ la. So bagi Qah harga pun reasonable.

- Qah suggest korang yang nak stay kat Korea selain Dongdaemun, Myeongdong salah satu tempat happening dan strategik. Selain itu, mostly rakyat Malaysia ramai tinggai di Itaewon.

Transportation? T-Money Kad & Subway berpisahtiada.

Perkara paling penting touchdown korea, terus p beli T-Money kad. (Kad touchNgo). Harga sekeping 5000won dan topup 10,000Won. Nanti boleh topup lagi dan jangan risau harga dan tahap efisien keretaapi depa ni lagi power dari Malaysia.

Yang paling best tukar tukar line dan train pun satu harga ja. Lepas convert duit Korea pun Qah rasa lagi murah harga nya dari Malaysia,. Dan jangan risau, yg dah biasa dengan train Kl mesti faham laluan line kat seoul ni. Mudah ja baca ni walaupun berselirat.

(Ps: Nak habaq sikit ni, train depa ada bau kepam yang korang kena bertabah)

T-Money kad Qah pun masih ada baki ni, saja malas p refund sebelum balik ke Malaysia. Kat sini memang subway jadi kawan baik Qah. dekat pulak dengan hotel. Tapi satu pesanan Qah, setiap kali nak exit, makesure pilih Exit subway yang betul taw.

MAP/PETA. Ya sebagai tukang redah di anynomous city, Seoul Map dan Subway Line punya map  memang jadi kawan baik Qah dan sangat sangat membantu.
   
Se"complicated" Map ini, complicated lagi jalan menuju hati awaa. Chiaa chiaa

Iterinary 6Day5Night please. Qah buat iterinary ni berdasarkan laluan subway yang Qah study dan jugak lokasi lokasi yang berdekatan.

Day 1:
*Dongdaemun Night Market 
*Dongdaemun Design Plaza
*Cheonggyecheon stream

Day 2:
*Nami Island
*GangChon Rail Ride
*Petite France
*MyeongDong Market 

Day 3:
*Gyeongbokjung Palace
*Bukchon Hanok Village
*Myeongdong
*Namsan Tower via Namsan Cable Car
*Namdaemun Market 
*Dongdaemun Ikan Bakar

Day 4:
*Full day at Everland ThemePark
*DragonHillSpa

Day 5:
*Namdaemun Market 
*KBS Building & MBC
*63Building
*Yeuido Hangang Park
*Han River
*Itaewon

Day 6:
Incheon

Back to Malaysia.

Ok tarik nafas. Hmm macammana Qah nak padatkan entri ni dengan gambar dan lengkapkan dengan detail setiap tempat tanpa entri yg panjang berjela?

Bolehkan Iterinari dan gambaq tempat best kat Korea ni 
qah buat satu entri yang lain ye.

Makanan. Apa yang best nak makan kat Seoul ni. Buat yang pencinta korean drama mungkin lagi banyak makanan best yang korang nak cuba. Tapi Qah ni pencinta korean drama ja tapi tekak Malaysia. Haha. 

Tapi dah sampai Korea kot. Kenala cuba makan kan. Dan akhirnya sepanjang 6hari kat korea, Qah habiskan dengan merasa makanan Korea ja. Megi malaysia pun tak usik. Haha

1. Susu Pisang dan anak beranaknya. Haha, sampai je Korea benda pertama Qah beli is Susu Pisang ni, Dah lama tahan hati dengar org ceghita pasai kefemesan susu ni. 
Kat korea qah minum lebih 10ketui ni dan siap beli 12ketui bawak balik malaysia bagi sedaramara rasa oii. Seketuii susu ni rm5. Nah, klu kat malaysia Vitagen rm1 pun mengamuk nak beli, sampai korea, seketui RM5 pun minum tak puas puas.

2. MyeongDong Food Street. (Myeongdong Station)
Hahaha sampai myeongdong ja nampak food street sepanjang jalan. Apa lagi dengan lafaz Bismillah mostly semua gerai tepi jalan tu Qah singgah, beli dan rasa. Allah sedapnya. 
   
Hah range harga satu makanan dalam 1500won - 4000won (rm5- Rm12). Bayangkanlah yang cucuk cucuk tu secucuk rm10satu, takkan nak makan secucuk kan. Tak ke ko appreciate cucukcucuk uptown danau yang rm1.20 tu secucuk. Haha.


3. Dongdaemun Ikan Bakar.

By Subway

1) Dongdaemun Station (Line 4) > Exit 8



Direction:

- Jalan straight, jumpa Cheongycheon Stream 1st bridge
- Kemudian ke kanan, straight sampai jumpa Cheongycheon Stream 2nd bridge di sebelah kiri
- Masuk ke lorong sebelah kanan dan ada satu lorong kecik di sebelah kiri. Yeayy kat situ ada banyak kedai ikan bakar.


2) Dongdaemun Station (Line 4) > Exit 2 from Dongdaemun Underground Shopping Centre

Kata orang yang datang sini, wajib mai makan sini. Sebabkan tempat ni walking distance je dengan hotel Qah maka memang datangla.Lalu je sini, ahjumma akan cakap : Selamat datang, apa khabar. Mau tenggiri ka tuna??

Gambar dari google dan gambar dari blog Skampung ni sedikit sebanyak membantu Qah jumpa kedai ini. Thanks.
Allah memula dapat ni, ingat tak habis makan tapi tak cukup pulak. *Adoii rindu nak makan lagi. Next year kita p lagi ye Qah.
Makan semua ni ikanbakar (8000won) + squid sedapnyaa (10,000Won) = 18,000Won (RM65). Kat korea ni makan je, jangan convert taw.

4. Makan Restaurant, Itaewon.Ni berdekatan dengan Masjid Central Seoul. (Majid femes kat Seoul). Kat sini banyak kedai makan halal dan muslim punya kawasan. Tapi nak sampai sini bertabahla lalu jalan berbukit bukit sedikit.

5. Nami Island -Qah makan dekat ASIAN CUISINE RESTAURANT. Ya, Qah frust sebab tak dapat makan nasi Goncang dekat Nami Island. Kes nya kedai makan tu full dan kena tggu dua jam untuk dapat seat. Maka Qah makan Cold Noodle (terpengaruh nampak dalam movie depa makan sedapja. Tapi hmm hmm tak kena tekak la.
Cold noodle yang sangat cold la. Kuah dia siap ada ice lagi ye sayang sayang sekalian. Takpa atleast i know la cold noodle tu rupa mcmmana kan. (11,000 won)

6. Aiskrim Turki yang femes amos dekat Itaewon tu. Nak beli ni makesure mood ok taw. Kalau tak baik toksah beli. Yelaa nak p Turki taktahu bila, maka kita cuba yang kat korea dulu. Nah layan la video qah yg tak cukup tabah tu.
video
7. Strawberry. Yeayyy strawberry kat sini besaq ya amat manis sedap plak. Dekat sana dua kali Qah beli strawberry ni. Sebekas strawberi ni 5000Won. (RM18)
Ok dah cukuplah cerita pasai makanan ni. Dari tak lapar dah terseksa perut ni.

HANBOK/ PAKAIAN TRADITIONAL KOREA. Kalau dah sampai korea mesti nak cuba pakai hanbok kan. Kat sini ada banyak buat sewaan hanbok malah ada kedai berdekatan dengan hotel qah di Dongdaemun Underground Sport Centre/ Euljiro Station.

Sewa 13,000Won untuk 4jam/ 26,000 untuk sehari. Kalau pakai hanbok ni dapat masuk percuma ke Istana Istana di Seoul.

Tapi ada cara nak pakai Hanbok secara percuma. Iaitu di Seoul Global Cultural Centre. Exit 6/7 Myeongdong Station. Keluar exit tu terus ke Nature Republic paling besar. Jalanterus lagi sampai jumpa ZARA dan FOREVER 21 punya kedai. Seoul Global Cultural Centre dalam Plaza M building Tingkat 5.
Ya sebelum dapat pakai hanbok ni secara percuma. Kita dimestikan mendaftar nama. Alhamdulillah sewaktu Qah datang petang tu masih ada dua slot kosong. Kita hanya dibenarkan memakai selama 10minit dan bergambar sekitar Seoul Global Cultural Centre sahaja. Sesiapa yang datang tapi slot dah penuh kenalah datang lagi kan. Jadi dinasihatkan datang pagi untuk reserve slot.

Souvenirs dan tempat shopping best kat Korea.
*Myeongdong Street - Sampai sini ja Qah dah out of control sebab segala macam ada kat sini dan paling penting engkau nak cari segala jenis berkaitan artis kpop yang engkorang suka pun bersepah sini. Nak cari mask, makeup, handbag, sila kan lah di Myeongdong.

Tapi kalau korang nak beli souvenir untuk org Malaysia macam keychain, fridgemagnet, baju I LOVE KOREA tu mohon ke

*Namdaemun Market. Qah tak tahu orang lain tapi qah suka beli kat sini dan rasanya lagi murah compare to tempat lain. So memang duit Qah pun terlebih mencurah di Namdaemun. 
Kat sini la boleh borong baju Korean Army. Gila lagi kat si JinGoo ataupun Sergeant Major  Seo Dae Young in "Descendants of the Sun. Tapi kat sini banyak Song Joongki ja. Hmmm Hmm. Kita nak Jin Goo oppa. Jin Goo.

*Dongdaemun Market ni pun best. Kat situ pun banyak barang yang boleh beli souvenir dan terutama yang nak cari barang barang sukan ataupun pakaian yang orang korea selalu pakai kat sini banyak.

Hmm apa lagi yang Qah terlepas pandang ye? Nanti iterinary punya entri Qah buat post lain. Ya penting, Korea Qah nak datang lagi. Autumn plak la kan

Satu pesanan bagi yang nak travel ke korea, qah nasihatkan pakai Sport Shoes. Lagi selesa nak berjalan. Kalau dak jadi macam dia ni, pakai boots without heel da tapi still sakit. End up buat ja jalan korea macam jalan sendiri.


segala gambaq thanks to photog yang suka snap time kita cakap dan tak ready. Kamsahamnida.

3 comments:

syamimihaziqah said...

Pinjam baju tahun depan nak gi Koreaaa.

Ieqahgajah said...

Bolehh sayang @syamimihaziqah

Anonymous said...

Wahhh. Nk g korea jugak la...