Friday, February 17, 2017

Trip ke Jodga Kota Cinta | #TeamDITTakKahwinLagi


3 Februari 2017, Maklumlah sekarang kalau scroll je timeline facebook mahupun instagram, Jodga antara destinasi pilihan netizen Malaysia. Maka kami berlima terus lajulaju memilih Jodga sebagai destinasi seterusnya. Yang pastinya kami ke Jodga bukan kerna Rangga. Hehe 


Dan tugas biasa dalam setiap percutian; sgala aktiviti,pengangkutan, penginapan semasa di Jodga dan segala hal lagi adalah dibawah tanggungjawab Qah. 

*Supir Pak HeruHeriyanto - +62 853-8561-1063​⁠​. (Supir, Minyak, Kereta dan Parking) Terima kasih untuk Pak Wanto yang assist selama kami disana. Sampaikan taklarat Pak Wanto melayan kami berchiaa-chiaaa sepanjang perjalanan. Maaf Qah lupa sangat nak ambil gambar bersama PakWanto.
*Tempat Penginapan : Puri Artha Hotel - Sangat selesa, cantik dan paling penting wifi laju. Hotel berdekatan dengan Lippo Plaza Mall
*Currency Qah (1 Juta Rupiah= RM340)

Antara Aktiviti dan Tempat Menarik di Jodga:

- Melawat ke Istana Air Taman Sari.
Tiket masuk: 5,000rp/ seorang
Taman Sari ini tempatnya untuk puteri / gundik mandi. Dengar kata Sultan akan melihat dari atas dan siapa yang terkena balingan bunga dari Sultan maka akan diajak mandi bersama Sultan.Amboii Amboiii Ye ke tidak? 

-Bergambar di Masjid Bawah Tanah, Taman Sari
Untuk kesini memang perlu melalui lorong lorong berliku. Dan untuk bergambar kat sini kita kena tunggu turn. Kalau bernasib baik masa datang kesini takramai orang bolehla bergambar dengan tenang tapi macam kami, dah tunggu turn pun masih ada yang nak turun tangga la, yang nak potong queue.

-SandBoarding di Gumuk Pasir
Masuk: Percuma. Sewa SandBoard : 150ribu rp main sampai puas.

-Main ATV di pesisiran Pantai Parangtritis
Sewa satu ATV : 50ribu rp untuk 30minit
Kat pantai parangtritis ni kita boleh main ATV sambil layan sunset ataupun menunggang kuda di pesisiran pantai. Angin kat sini sangat kuat, flip shawl sangat.

-Shopping Souvenir di Pasar Malioboro.
Kalau #TeamDITTakKahwinLagi ni, kat sinilah tempat paling lama mereka habiskan masa dan setiap malam request dekat Pak Wanto kesini. Souvenir murah murah dan tak cukup tangan mereka memborong. Sis? sis penat menanti depa ja. Haha

Awak nak buah tangan apa? Cukuplah jadi buah hati saya kan. 

- Sunrise di Puncak Kebun Buah Mangunan
Tiket masuk 2000rp/ seorang
Gerak seawal 4pagi untuk kesini. Perjalanan ke Kebun Buah Mangunan dari Malioboro selama satu jam setengah. Tapi sampai sampai matahari malu nak tunjukkan diri (musim hujan di Jodga) tapi Alhamdulillah, the view is breathtaking.

Bak kata Pak Wanto, kebiasaannya kat puncak ni banyak sangat kabus awan. Tapi dia taktahu kat puncak hati saya cuma ada awak. Eh. *maka pak wanto pun berchiaa chiaa lagi.

- BreathTaking View di Jurang Tembelan 
There are some places on earth where just standing and looking outwards can be a truly humble experience. Subhanallah. 
Supir bilang : " Awas qa, hati hati bahaya bisa jatuh." 
Dia ngakk tahu yang jatuh cinta sama kamu lebih bahaya.
** Before I used to be afraid of being alone. Now I'm afraid of having the wrong people as company.
I love the places that make me realize how tiny me and my problems is. Duduk disini, tarik nafas dan nikmati keindahan ciptaan Allah.

-Feeling film twilight di Hutan Pokok Pinus
Tiket masuk; 2000rp/seorang
"There is no evelator to success, You have to take the stairs"
Hutan Pokok Pinus ini adalah salah satu tarikan utama pelancong ke Jodga. Memang ramai ambil gambar perkahwinan disini. Dan apa yang tak best datang musim hujan ni, tanah agak berlecak maka elakkan kasut putih ye.
Bila si 'Bella' syok main buai while waiting for 'EdwardCullen' to come. End up 'Jacobs' yang muncul. Haha #TwilightMovie.

-Menikmati keindahan alam dari Puncak (Becici/ Kalibiru).
Seperti yang semua tahu, keistimewaan Jodga adalah pada keindahan semulajadi nya. Dengan itu banyak tempat disediakan untuk melihat view seperti Kalibiru, Puncak Becici, Puncak Paguk dan banyak lagi. Kami memilih puncak becici kerana bayaran masuk cuma 2500rp/ seorang dan bebas mengambil gambar tanpa bayaran dan satu laluan dengan Hutan Pokok Pinus.

-Makan Lobster murah di Jodga.
Belum cukup sempurna percutian anda ke Jodga jika tidak mencuba lobster sedap, fresh dari pantai dan murah di Pantai Timang Gunung Kidul dan feelingnya seperti makan di rumah. Enak bangat. Harga lobster yang sudah dimasak termasuk nasi dan lauk tambahan untuk kami berlima cuma 500k rupiah.
Dah kenyang makan lobster kan? Kbai. Haha. Inilah tempat makan lobster femes amos di area Pantai Timang,Gunung Kidul.

- Naik Gondola di Pantai Timang.
  
Nak ke Pantai Timang ni kita perlu naik ojek (motor) 50k rupiah untuk perjalanan pergi dan balik perjalanan selama 10-15minit dari parking kereta kerana kereta takboleh masuk jalan tu sebab jalan agak extreme dan berbatubatu.
Gondola atau kereta kayu gantung ini pada awalnya dicipta khas bagi memudahkan penduduk mencari lobster dan menyeberang ke Pulau Timang. Gondola ini dikawal oleh empat orang. Bahaya? Bak kata mereka: "Ngakk apa apa mbakk. Kalau jatuh cuma tinggal nama".
Berapa muatan gondola? Ye gondola ni boleh naik dua orang. Kami pergi masing masing naik seorang, balik saja nak manjamanja naik berdua. Walaupun naik berdua satu gondola bayaran masih sama 200k rupiah seorang ye.
Gondola ini 200k rp seorang untuk pergi dan balik. Walaupun perjalanan ke sini cukup mencabar tapi pulau timang adalah antara pantai tercantik di Jodga. Datang, wajib naik ok.
Pulau Timang ni really stress-free enviroment. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika tidak pernah terluka. Andai Rangga butuh Cinta, Inyong butuh Rika *supir ajar ciaa ciaa.

- Merapi Jeep Lava Tour.
Untuk satu jeep yang boleh memuatkan 5orang; 450k rupiah.
Untuk ke Gunung Merapi ni, pak Wanto dah tunggu depan hotel seawal jam 3pagi. Maklumlah nak tengok sunrise punya pasalkan. Demi sunrise semua sanggup korbankan waktu tidur. Perjalanan ke Gunung Merapi dari hotel kami lebihkurang dua jam.
Mungkin hari ini tak dapat kami daki Gunung Merapi di belakang itu, tapi InshaAllah persahabatan kami kekal sampai mati. Seghonok tengok depa happy lagu ni..
Sis cuma nak pesanla apa yang supir sis ulang banyak kali, Gunung Merapi ni masih aktif dan antara gunung paling aktif dan paling kerap meletus. Dan untuk kali akhir meletus buat masa ini pada tahun 2010. Dan kata supir dua minggu lepas ada dua orang mati jatuh sebab duk selpie tepi gaung.

Omahku Memoriku, ini adalah sebuah rumah tinggalan penduduk yang terkena letusan gunung Merapi. Kat sini kita boleh tengok keadaan barangbarang selepas letusan. Ada rangka barangbarang dan keadaan binatang peliharaan seperti lembu.

-Lawati lokasi candi bersejarah dan UNESCO World Heritage
Jodga terkenal dengan candi-candi dan peradaban. Bukan hanya kaya dengan sejarahnya malah struktur binaannya yang cukup berseni. Antara candi terkenal adalah candi prambanan (candi hindu tercantik di Asia Tenggara) candi borobodur (candi terbesar di dunia dan UNESCO) candi ratu boko (tempat shooting AADC2)
Kami memilih candi Prambanan bukan saja tercantik malah turut lokasi UNESCO. Tiket masuk pelancong sebanyak 250k rp dan potongan 50% untuk pelajar. Tapi pak Wanto tolong belikan kami harga tiket untuk local 35k rp sahaja. Makasih ya pak. *Dengan syarat masa masuk jangan bercakap atau praktisla cakap bahasa local ya.

-Berpanas untuk Panorama di Tebing Breksi Yogyakarta
Selain pantai yang biru, view hijau yang mencuci pandangan mata, Jodga kota romantis ini kaya dengan tempat untuk pemanjat tebing, bukan pemanjat hati awak tau.

-Surprise Birthday & Bacheloratte Party
Disebabkan semasa trip ni ada tarikh kelahiran sidiva, Lily (4feb) dan memang merancang untuk parti last bujang si Lily ni maka Qah da bawak baju tema (tema bajuopah &kainbatik) sesiap dari KL, dan pada hari kejadian kami suruhje lily pakai dan nasiblah bilik berlainan senang nak setup.
Happy Birthday our Diva. Moga segala urusan persiapan berjalan lancar dan dipermudahkan.
P swimming pool, swimming pool tutup. Lepastu apa lagi p ronda Jodga la, eh satu hotel la. Terima kasih adik kachak, eyka sebab jadi photog sukarela sepenuhmasa. Trip kali ni banyak pengalaman pahit manis untuk kami. Barang si Diva kena rampas kastam, si cheTa yang maintain cheTa, supir terlambat datang sbb ingatkn cancel, kelaparan dalam flight sbb makanan dah kehabisan, kena check in batang gopro yang cuma sebatang itu, syira yang antibodi kuat sebab kekal sihat walaupun kami berempat ni bawa virus batuk. Haha.

Dulu ke Thailand, kali ini Indonesia. Next kemana kita?
See you next trip & next bacheloratte party girlfriends.

*Disebabkan semua gegadis Qah bakal menamatkan zamanbujang, Qah doakan semoga dipermudahkan dan moga itu jodoh kekal akhir hayat untuk sayangsayang semua. InshaAllah.


1 comment:

Nurzuhaili Zulkifli said...

Mmmmuuuahhhh..thanks Qah AKA Cheta kami semua..